Tuesday, 28 August 2012

~Bingkisan Doa Penawar Jiwa~


kuciwa :,(

Assalamualaikum....

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,

TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA.
SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA,
KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI
ORANG YANG KITA CINTAI,
TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH,
KITA AKAN TURUT MENCINTAI
ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.


YA ALLAH,
ANDAINYA DIA ADALAH JODOH YANG DITETAPKAN
OLEH-MU KEPADAKU,
MAKA CAMPAKKANLAH DALAM HATIKU CINTA KEPADANYA ADALAH
KERANA-MU,
DAN CAMPAKKANLAH DALAM HATINYA,
CINTA KEPADAKU ADALAH KERANA-MU.


NAMUN,
ANDAINYA DIA BUKANLAH JODOH YANG DITETAPKAN OLEH-MU KEPADAKU,
BERIKANLAH KU KEKUATAN AGAR PASRAH DALAM MENGHARUNGI UJIAN,
YANG KAU BERIKAN KEPADAKU.


YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH CINTA,
CINTAKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA PADA-MU, AGAR BERTAMBAH KEKUATANKU UNTUK MENCINTAI-MU.


YA MUHAIMIN,
JIKA AKU JATUH CINTA,
JAGALAH CINTAKU PADANYA AGAR TIDAK MELEBIHI CINTAKU PADA-MU.


YA RABBANA,
JIKA AKU JATUH HATI,
JAGALAH HATIKU PADANYA AGAR TIDAK BERPALING PADA-MU.


YA RABBUL IZZATI,
JIKA AKU RINDU,
RINDUKANLAH AKU PADA SESEORANG YANG MERINDUI SYAHID DI JALAN-MU.


YA ALLAH,
JIKA AKU RINDU,
JAGALAH RINDUKU PADANYA AGAR TIDAK LALAI AKU MERINDUI SYURGA-MU.


YA ALLAH,
JIKA AKU MENIKMATI CINTA KEKASIH-MU,
JANGANLAH KENIKMATAN ITU MELEBIHI KENIKMATAN INDAHNYA BERMUNAJAT DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR-MU


YA ALLAH,
JIKA AKU JATUH HATI PADA KEKASIH-MU,
JANGANLAH BIARKAN AKU TERTATIH DAN TERJATUH DALAM PERJALANAN PANJANG MENYERU MANUSIA KEPADA-MU.


YA ALLAH,
JIKA KAU HALALKAN AKU MERINDUI KEKASIH-MU,
JANGAN BIARKAN AKU MELAMPAUI BATAS SEHINGGA MELUPAKAN AKU PADA CINTA HAKIKI DAN RINDU ABADI HANYA KEPADA-MU



*mood : frustrated :'(

kepada yang berkenaan, i'm SORRY for everything .....


~machinefogging~

~Keluarga Gila-gila Remaja !~

           Assalamualaikum, salam sejahtera, sawadikkap, namaste ! walahwey ! korang buat ape tu?? ha? layan sinetron ? hehh, tak berkembang toi minda.. hahha! sori lah sebab t'celupar plak mulut ni... okehhh, skang merupakan minggu ke-2 Hari Raya Aidilfitri ni ... *weihh ! lame siot aku tak update belog ni! bukan takde idea nak cite ... it is too much stories aku nak cite ! tapi, al-maklumlah .. kalau idea ade tangan malas nak menaip buat ape ye dak?? har har har ! kerat je tgn tu... kat sini aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kepada semua umat Islam di muka bumi Allah ini.. walaupun lambat sikit... alahhh, ape ade hal, raye kan SEBULAN ! kan kan ? 

           Ni nak stori, esok bersamaan 29 September 2012 my parents nak berlepas ke Kuching... bukan yg meow meow tu ... ni Bandar Kuching, Sarawak... tuk makluman korang pada raya yang ke-4 aritu akak ipar aku telah selamat melahirkan seorang lagi ahli baru dalam keluarga kami... Jadi, parents aku pun terhepi gilee babas lah disebabkan mendapat cucu baru ! aku pun hepi lahh ! sampai kan tgh tido mamai tu gelak sorang-sorang.... abg aku yang dapat baby ni adalah abang yang pertama... selepas kakak aku yang due orang tu.... jadi, ntok meraikan kebahagiaan tu, parents aku pun wat keputusan untuk pegi ke Kuching dimana abang aku tu skang menetap kat sana.... For info, abang aku yang sorang ni die tak penah berpisah dari family dari kecik sampai ke tue... tapi, aritu after tamat latihan kepolisian (camni ke eja dia) die posting ke Sarawak... Firstly, sedihlah jugak.... korang bayanglah, aku sllu berhentam ngn die kalau kat rumah.... ni, tetibe die pegi jauh gile... mmg tak lahh kan.. mase nak anta die aritu, cam nak ngis pun ade jugak.. hoohoho ! tapi, ego mengatasi segalanya ! hahaha... *meleleh airmata

        Now, aku macam tak fecaye (pecaye) je yang siblings aku sume dah berumah dah bertangga sume nye.... hahaha ! sume ni aku sedar bila aku dukung anak-anak buah aku n layan keletah diorang masing-masing.... gile serious, anak buah aku lasak nak mamposs ! penat aku ! ni tak tau lg yg anak buah baru ni cane.. Haa! lupe bagitau, name anak buah baru aku is Nur Damia Batrisya bt Ismail.... Her face sebijik macam abang aku... tang idong especially... gen idong penyek kne lenyek ngn steamroll tu kuat kottt ! hHhahahaha ! So, sekarang aku dah ada 5 orang anak buah... 2 orang dari kakak sulung aku... sorang dari kak ngah aku, sorang lagi yg baru lahir ni n sorang lagi dari abang aku yang ke 3... jumlah keseluruhan ialah 5 orang ! yeahhh ! *raye next time kopak aku ! hahahaha

          Harapan saya di sini ialah bia lah kak long, abang long, kak ngah, abang ngah, abang lang, kak lang, atih, kak tih berbahagia di samping keluarga.... kekalkan perhubungan bersama kita adik beradik.... suke duke kite biarlah kita bersama.... saya di sini mendoakan gerbang perkahwinan anda semua sentiasa di sinari keindahan cahaya dan keredhaan dari Allah S.W.T.... Amin..... Semoga Aidilfitri untuk tahun akan datang kita kongsi bersama dengan penuh keredhaan..... Kehadiran anda semua dalam hidup ini memberi seribu satu makna kepada diri ini.......

            Kepada Uda (abg wan) try harder ! you can do it ! Sesungguhnya Allah telah menetapkan jodoh seseorang itu.... cuma kita je yang patut yakin dengan keputusan yang kita buat..... Mana tau next year family kita tambah satu lagi orang baru? Ada lame lagi kot.... tunggulah 7 or 8 tahun lagi... orang bagi chance kat abg wan kawen dulu je ni.... hahahaha ! orang dah ade dah... reserve je dulu.... bagi laluan kat orang tue dulu.. hehehe... *gurau lahhhhh !

              Akhir sekali, dengan rendah katanya, saya akhiri entri ini dengan wassalam.....
*nak pikir wat report Epid pulakkk dahhhh ! poning palo awak ha ! Haihhhh ... puan muna oOOoo Puan Muna ...... 


1st anak buah, Arabella arang batu *lagu die


2nd anak buah ! aisy...
*duck face !


budak ensem ni merupakan anak
buah aku yg ke-3 !
his name Jai....


anak buah aku yang ke-4, Eisya (anak abang aku ke-3)
*sangat suke isap ibu jari







saya dengan ini mempersembahkannnn


teng

teng 


teng 



teennggggggg !




da only one abg aku yang tak nikah lagi !
RIDZWAN HASSIM !
*kelemahan : tak reti mengayat..
kalau berminat contact me
SERIOUS ! TAK GURAU ...


"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI SEKELUARGA. MAAF SEKIRANYA TERKASAR BAHASA TERPUKUL MANA TAK KENA. BABAI ! AND ASSALAMUALAIKUM!"


P/S : next entri aku masukkan gambar anak buahh baru aku . huhuhuu . kasi gempaq cket !

~machinefogging~